Friday, August 14, 2015

Gemok Sebab Terlebih Lemak & Gemok Sebab Kurang Makan?

  
Aikk... Kurang makan pun boleh gemuk gak ke? hmmm... cuba baca artikel ni dan nilaikan samaada

anda ni genuk sebab terlebih lemak dan terkurang makan. Apabila kita mendengar tentang individu

yang kurang pemakanan, kita membayangkan orang yang nampak kelaparan - kurus kering. Tentulah

orang yang kurang nutrien dan kalori tak seimbang pemakanannya, namun ketakseimbangan ini

boleh terjadi walaupun  dengan pengambilan banyak kalori - hanya makanan yang banyak tapi tanpa

nilai nutrisi. Jadi perkataan baharu yang tercipta disini iaitu "malnubesity" (obes namun pemakanan

tak seimbang). Penggabungan makanan tak seimbang dan obes bagaikan sesuatu yang berkonflik,

tetapi hakikatnya, ia memang terjadi - kebanyakan daripada kita terlebih lemak dan kurang

pemakanan.
 Image courtesy of Witthaya Phonsawat at FreeDigitalPhotos.net
Ayam goreng yang sedap tetapi adakah ia berkhasiat?

      Bagaimana pula kita boleh sampai ke tahap ini? Kita boleh merujuk ke sejarah evolusi kita untuk 

mendapatkan penjelasannya. Nenek moyang pra sejarah kita perlu mengambil banyak makanan 

untuk memenuhi keperluan kalori mereka. Tetapi yang pastinya, mereka sangat aktif - membakar 

beribu ribu kalori apabila keluar mencari makanan. Dan diet mereka yang kaya dengan tumbuhan 

tidak banyak mengandungi kalori padat.

     Namun dalam dunia moden ini, bekalan makanana kita padat dengan makanan yang diproses, 

mengandungi kalori tinggi , enak namun kurang nutrien yang penting. Dan memandangkan kita 

mempunyai laluan neuralyang menggalakkan kita makan - dan mengganjarkan kita kerana berbuat 

demikian - kita dengan gembiranya mengikut sahaja.

     Hasilnya, ramai anatara kita terlebih makan tetapi kurang pemakanan... Hummmm...macam mana 

pula tu?... Dengan diet yang membekalkan lebih kalori dan kurang vitamin, mineral dan bahan anti 

oksida, kesihatan kita akan terjejas. Gemuk sedikit itu satu perkara, namun keadaan ini 

menggalakkan lemak berada di tempat yang tak sepatutnya berada - menyelaputi organ penting, 

seperti hati atau pankreas, memasuki sel secara paksa dan mempengaruhi secara signifikan 

bagaimana organ ini berfungsi. 
image courtesy of Whittaya Phonsawat at FreeDigitalPhotos.net
Betul ke jika makan sayur sahaja boleh kurus?
        Kita direka bentuk untuk menjadi sangat aktif, namun keperluan kalori kita tidak akan sampai

ke tahap apa yang diperlukan oleh nenek moyang kita. Ramai di antara kita bekerja di tempat yang 

kita bergerak dengan tenaga yang amat minima sekali. Kita juga dijadikan untuk makan makanan 

yang berkualiti tinggi yang tersedia secara semulajadi, namun kita hidup dalam persekitaran yang 

obes - dikelilingi makanan yang mudah didapati, diproses dan berkalori tinggi. 

       Ketakserasian antara genetikdan gaya hidup kita membawa kepada paradoks pemakanan tidak 

seimbang yang datang seiring dengan obesiti. Kita makan dengan cara yang berlawanan daripada 

yang sepatutnya. Kita seharusnya makan makanan yang disumberkan dari tumbuh tumbuhan dan 

protein tanpa lemak yang akan memaksimumkan kualiti nutrisi pada kos kalori yang secara 

relatifnya rendah.

      Dan kita harus bangun dari duduk santai di atas sofa, Kebanyakan dari kita tidak akan boleh 

membakar kalori 6000 sehari - tetapi kita makan seperti kita boleh membakar kalori sebanyak itu

Image courtesy of Jesadaphorn at FreeDigitalPhotos.net
Sesal dahulu kuranglah makan, sesal kemudian komputer tak boleh diguna


p/s : Dan sekiranya anda berminat untuk menurunkan berat badan dengan makanan gantian yang 

lengkap boleh hubungi jurulatih saya iaitu Puan Farizah (Oja) di 011 1077 1707 kerana beliau telah 

berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 17kg. 




No comments:

Post a Comment