Monday, August 10, 2015

Bagaimana Untuk Minum Lebih Air - 7 Cara Untuk Meningkatkan Pengambilan Air Anda



Bagaimana Untuk Minum Lebih Air 

Umum mengetahui kepentingan untuk meminum air yang bersih dengan secukupnya. Namun

berdasarkan pengalaman saya apabila diminta untuk minum air mengikut sukatan yang dicadangkan

kebanyakan dari mereka akan mengeluh sambil berkata :

      "errr...kawan saya kata jiran dia punye abang punye kawan kata kalau minum air banyak nanti boleh lemas"
     
     " ...adoii..... terkencing kencing ler jawabnya nanti..saya malas nak pegi bilik air banyak kali.."
     
     "susahlah bang nak minum air banyak ni..saya kerja bahagian customer servis nanti bos marah asyik pergi toilet"
      
    "... akak memang biasa minum air banyak..adalah dalam satu botol mineral yang kecik tu "

    "...rumah abang tandas dia sumbat...leceh kalau asyik nak kencing aje.."

 
Hahaha... ok berdasarkan cadangan dari WHO (World Health Organisation) iaitu Organisasi

Kesihatan Sedunia, mereka mencadangkan kita untuk minum air mengikut berat badan masing

masing. Dicadangkan untuk :

                                             Berat 25kg = Minum 1 Liter Air

        sebagai contoh : Berat Ahmad 75kg = Harus minum 3 liter air bersih sehari

                                   Berat Farizah 55kg = Harus minum 2 liter air bersih sehari      

                                   Berat Faeizul 130kg = Harus minum 5 liter air bersih sehari

Persoalannya sekarang...

Kenapakah amat penting untuk kita minum cukup air bersih setiap hari? 

Untuk maklumat anda, tubuh kita yang hanya ada satu ni perlukan

banyak air daripada yang lain - ini kerana air merangkumi 60-70%

daripada berat badan kita. Dan cecair dalam tubuh anda adalah 

terlibat dalam menjalankan sesuatu yang penting. . anda perlu minum air secukupnya supaya tubuh 

anda boleh menghadamkan makanan yang diambil dengan baik dan menghantar nutrien kepada sel 

sel anda - dan untuk menyingkirkan bahan bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan anda. 

    Tanpa air yang mencukupi, kawalan suhu tubuh akan menjadi satu cabaran, sendi sendi anda akan 

mengalami kekurangan pelinciran, dan otot otot anda akan menjadi letih dengan cepat lagi. 

Yang paling penting adalah :

"Setiap sel, tisu dan organ memerlukan air untuk berfungsi dengan baik" 




Disini saya kongsikan rahsia minum air dengan secukupnya iaitu :

7 Petua Untuk Membantu Anda Minum Lebih Banyak Air*

  • Lihat.  Adalah baiknya untuk anda melihat jumlah air yang ingin diminum dan untuk memantau pencapaian anda sepanjang hari. Tuangkan air kedalam bekas air atau jag di kaunter dapur atau simpan di meja anda. Ia akan mengingatkan anda untuk minum lebih banyak air dan anda akan terdorong untuk menghirupnya sepanjang hari - lantas memenuhi kehendak anda untuk minum air secukupnya sepanjamg hari.  
  • Sejukkan. Air sejuk biasanya lebih menyegarkan dari air yang berada pada suhu bilik. Cuba simpankan sebotol air pada penyejuk beku dan bawanya bersama anda sepanjang hari. Ia akan kekal sejuk selama beberapa jam, dan anda juga akan terdorong untuk minum lebih.
  • Minum waktu pagi.  "Mulut pagi" ialah peringatan kepada kita semua bahawa ramai diantara kita akan berasa sedikit nyahhidrat atau senang katanya rasa haus pada waktu pagi. Oleh itu simpanlah segelas air di tepi katil anda, dan minum airnya sebaik sahaja anda bangun - sebelum kaki menjejak lantai.
  • Hirup. Cuba hirup dengan straw. Mungkin ia lebih seronok, mungkin anda akan minum dengan lebih pantas dan banyak.
  • Perasakannya. Sediakan air spa anda sendiri. Tambahkan sehiris lemon atau limau nipis, beberapa kepingan timun, sedikit berry, sedikit pudina segar atau hirisan halia segar kedalam air anda. Ia menjadikannya istimewa dan menambahkan sedikit perasa yang menyegarkan.
  • Makan. Anggapkan air itu sebagai pembuka selera anda dan mulakan hidangan anda dengan segelas air. Bukan sahaja anda memasukkan lebih banyak air dalam sehari, ia mungkin akan menyekat selera anda sedikit, juga.
  • Jejakkan/ Pantau. Seperti anda menjejak pengambilan kalori anda, memerhatikan jumlah air yang diminum juga berkesan untuk membantu anda. Itulah sebabnya helah jug air di atas meja sangat berkesan - dan pada bila bila masa, anda boleh melihat berapa banyak air anda sudah minum dan berapa banyak lagi yang perlu diminum sebelum penghujung hari.
    Sekiranya anda ingin menggunakan teknologi tinggi, terdapat beberapa apps pada telefon pintar anda yang boleh menghantar peringatan kepada anda untuk minum air, menjejak progres anda dan juga memberi tepukan virtual kepada anda apabila anda sudah mencapai matlamat yang ditetapkan seperti apps Water Your Body dan Hydro Coach

Dan sekiranya anda berminat untuk menurunkan berat badan dengan minum air yang secukupnya boleh hubungi jurulatih saya iaitu Farizah (Oja) di 0107123476 kerana beliau telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 17kg. 

( Info ini telah diperolehi dari Susan Bowerman, Pakar Pemakanan Berdaftar & Pakar Pemakanan) Sukan)

No comments:

Post a Comment